DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Thursday, February 19, 2009

Gantung MB Perak tak sah


PUTRAJAYA 19 Feb. – Pedulikan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal.

Demikian reaksi spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Tegas Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan oleh Zambry sekarang adalah terus menjalankan fungsi pentadbiran negeri sebagai kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.

Malah, beliau menyelar perlakuan Sivakumar yang juga ADUN DAP kawasan Tronoh itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berkenan melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.

‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak.

‘‘Oleh itu kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza di Sri Perdana di sini hari ini.

Semalam, Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu dibuat melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Sivakumar.

Sivakumar dalam kenyataannya menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.

Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan.

Abdullah berkata, tindakan Sivakumar itu juga bermotif untuk mengurangkan bilangan wakil rakyat BN dalam DUN menjadikannya daripada 28 kepada 21 ADUN sahaja.

‘‘Ertinya 21 dan kalau ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang. Niatnya tidak ada yang baik, hanya untuk menggulingkan kerajaan BN yang diwujudkan,” katanya.

Justeru, kata Abdullah, dalam situasi sekarang adalah lebih baik BN meneruskan pemerintahannya supaya kerajaan negeri terus stabil sekali gus memastikan perkhidmatan yang berterusan untuk rakyat.

9 comments:

  1. Hehehe, saw a picture in the news today, some idiots leading a calf as a protest about something. Reminds me of a movie that i saw years ago. "Dumb and Dumber". Judging from that picture today i still dont know which is which. At least the cow can say that he is a cow, but what reason can be use by the group of people? Beats me!
    Dumb and Dumber.....

    ReplyDelete
  2. It's odd to see an assembly of the government cant function properly due to the greed of somebody.
    And to achieve it through the back door non the less. Well i guess it's official 'once you go through the back door, you'll always want more' hahaha

    ReplyDelete
  3. gantung siva...

    anak haram PKR..

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. harap blog ini dapat update isu2 dan aktiviti2 MB Perak Datuk Dr Zambry supaya semua rakyat perak dpt mengetahui perubahan yang beliau lakukan .

    sy cuma mendapat info dan maklumat dr media arus perdana dan saya rasa ia perlu diperluas di dalam blog ini jg .

    ReplyDelete
  5. MB perak sudah datang ke Batu Kurau sempena sambutan Maulidul Rasul.Pada hemat saya MB Perak yang baru ini seorang yang merendah diri walaupun berpangkat dan berkedudukan tinggi malah bergelar DR lagi.inilah pemimpin yang di kehendaki oleh rakyat batu kurau dari kalangan ahli umno am nya.tidak ada gunanya jika sekadar turun padang dan menerangkan hal ehwal semasa sambil mengutuk dan mengeji pihak lawan...

    terbukti tiada satupun butir2 kata dari MB perak yang baru ni kata2 yang mengeji pihak lawan.Alhamdulillah saya amat berasa bersyukur kerana Allah telah mentakdirkan seorang anak pangkor menjadi Menteri Besar.Menteri Besar yang benar2 prihatin dengan nasib dan golongan orang yang susah dan sangat memerlukan.Sekarang ni Masjid2 sudah terbela.beratus ribu di sumbangkan ke masjid untuk proses pengubahsuaian dan penambah baikkan.semoga Allah memelihara pemerintahan Barisan Nasional di Perak.

    ReplyDelete
  6. tlg update blog ini secara kerap.londehkan semua isu2 terkini yg didalangi olih golongan pr.sy sokong 100%

    ReplyDelete
  7. MCA: Malaysia is a secular state
    17 Mar 09 : 2.00PM
    By Gan Ping Sieu
    editor@thenutgraph.comeditor@thenutgraph.com

    AS MCA Political Education Bureau head, I have reservations over the written reply given by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to Member of Parliament for Bukit Gelugor Karpal Singh in the Dewan Rakyat on 12 March 2009 that "Malaysia is a 'negara Islam'."

    I welcome the prime minister's statement that Malaysia is not a theocratic state and shall adhere to a parliamentary democratic system as enshrined in the Federal Constitution. But the reference of Malaysia as a "negara Islam" by the prime minister is wholly unnecessary, as the phrase "negara Islam" will only serve to confuse the rakyat and cause unwanted fear.

    Historical documents

    The MCA is of the position that Malaysia is nothing but a secular state. This is evidenced from the following historical accounts and the subsequent debates when the Federal Constitution was drafted:

    The Alliance Memorandum submitted to the Reid Constitution Commission on 27 Sept 1956 clearly stated that "the religion of Malaya shall be Islam ... and shall not imply that the state is not a secular state."

    When the Working Party, comprising the Alliance and the rulers' representatives and the High Commissioner, met on 22 Feb 1957 to review the Reid Commission draft on the possibility of the provision on religion being misinterpreted, the Alliance and Umno chief Tunku Abdul Rahman assured the Working Party that "the whole Constitution was framed on the basis that the Federation would be a secular state."

    At the London Constitutional talks in May 1957, the Colonial Office did not object to the inclusion of an official religion after being assured by the Alliance leaders that they "had no intention of creating a Muslim theocracy and that Malaya would be a secular state."

    On behalf of the Alliance, (later Tun) Tan Siew Sin told the federal legislature that the inclusion of the official religion "... does not in any way derogate from the principle, which has always been accepted, that Malaya will be a secular state and that there would be complete freedom to practise any other religion."

    A year after Independence, on 1 May 1958, then Prime Minister Tunku Abdul Rahman clarified in the Legislative Council that "I would like to make it clear that this country is not an Islamic state as it is generally understood. We merely provide that Islam shall be the official religion of the state."


    Judicial recognition

    The above position has received judicial recognition. Former Lord President Tun Mohamed Salleh Abas, in Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor (1988), stated that the term "Islam" in Article 3(1) of the Federal Constitution meant "only such acts as relate to rituals and ceremonies... the law in this country is ... secular law."

    The former Lord President Tun Mohamed Suffian Hashim also wrote that Islam was made the official religion primarily for ceremonial purposes, to enable prayers to be offered in the Islamic way on official public occasions, such as the installation or birthday of the Yang di-Pertuan Agong, Independence Day and similar occasions.

    Constitution law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi and prominent legal scholar, the late Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, also shared the above observations.

    The MCA is of the position that the guiding principles for public administration in our beloved multiracial country shall always adhere to universal values of equality, justice, fairness, transparency, mutual respect, the rule of law, etc., which transcends all religions.


    Gan Ping Sieu
    MCA Spokesperson and Head of MCA Political Education Bureau

    ReplyDelete
  8. -->sy cuma mendapat info dan maklumat dr media arus perdana dan saya rasa ia perlu diperluas di dalam blog ini jg <--

    hahahahaha ptut la bodo...media arus perdana yag ko layan...

    ReplyDelete
  9. Perjuangan melayu diteruskan. Sokong Dr.Zamri jangan sampai rebah. Biar depa rebah sujud kaki kita. Depa akan akan tau siapa yang betoi dan siapa yang salah.

    ReplyDelete